Seorang sahabat yg dikenali ketika mula2 kami menjejak langkah sebagai OP beberapa tahun dulu, kenal menerusi blog photog perkahwinan...ABELI ROSLI telah pergi utk selama-lamanya setelah mengalami kemalangan di Jerantut, Pahang malam tadi.
Baik orangnya ABELI ni...walaupun tak penah jumpa tp kalo tgk kat fesbuk dia....tak penah dia buat status atau balas komen yg mencaci dan mengutuk orang. Penah chating ngan arwah...kata2 dia mmg tak menyakitkan hati pun. Penah jugak beliau kol hubungi kami....(aku dan abg) sebab nk datang Ipoh. Katanya ada persembahan dikir kat sana. Dia harap dpt jumpa kitorang. Mmg berbual panjang ngan dia...sbb dia kan keje ngan TM jaga pencawang kat Bukit Istana, line free lah. Tapi bila hampir tiba tarikhnya...tiba2 persembahan tu tak jadi pulak. Takde ler kitorang jumpa arwah walaupun sekali.
Sampailah petang td....aku nampak imej kat bawah ni..dari fesbuk arwah sendiri. Aku ingat gambar apa laa yg dikongsi oleh abeli ni...
Tapi sgt terkejut bila baca ayat2 yg tercatat kat bawah gambar tu...
Cepat jer aku klik tgk...mcm tak percaya....tak sangka...
Ini semua adalah takdir..ini semua adalah janji Allah.
Arwah ni selain dari menjadi seorang photografer terkenal kat Jerantut tu...arwah jgk aktif ngan kumpulan dikir barat.
Ni dlm berita di sebuah berita blog.... |
Ni gambar terakhir yg arwah tukar sebagai gambar profil beberapa hari yg lepas...siap ngan status sekali tu. |
Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Amin... |
Tapi 01.07.2011 rupa2nya beliau telah pergi menemui Ilahi ketika konvoi motor beramai ngan kawan2 dia. Beliau meninggal bkn sebab kemalangan tetapi tiba2 rebah kat stesen petrol. Menurut doktor...bengkak di otak. Patutlah agak lama aku tak nampak dia apdet status kat fb. Aku tau pun masa kakak dia ada hantar kad jemputan kawen menggunakan fb arwah...menjemput kawan2 arwah ke kenduri kawen dia (kakak arwah)...Lambat jgk aku dapat tau...dh setahun lebih pemergian arwah dh...
Tu laa gambar arwah... |
Nota ALONA:-
~Semoga arwah abeli, fik, arwah mak, aki, atuk dan arwah nenek ditempatkan bersama orang2 yg soleh, orang2 yg beriman.......amin..
4 comments:
Al fatihah buat semua yg telah pergi
Moga ditmptkan di kalangan mereka yg beriman
Ya Allah , lain plak rasenya mlm2 camni... Rasa sayu dn sebak jek...
Ps: pos berdaftar ok. Harga lg murah dr poslaju, lebih terjamin sbb penerima kene sign mcm poslaju tu.. Cumanya tak laju la :)
Salam takziah & Alfatihah
Al fatihah
alfatihah untuk mereka yang dah kembali ke rahmatullah...
al fatihah.
Post a Comment