Sunday, March 3, 2013

Setelah sekian lama...

02.03.2013
SABTU

Dari rumah pengantin...kitorang balik umah jap utk zuhur dan salin baju sebelum nk keluar sesi outdoor pulak. Tetiba nampak beberapa gegelung paip2 biru ni sudah terpasang di lorong jalan rumah kitorang ni.

Kemungkinan besar ia adalah utk buat kepala meter di depan rumah masing2. Sebelum ni...5 buah rumah di lorong ni (termasuk umah kitorang) kepala meternya hanya dipasang di jalan utama sana...iaitu di luar pagar rumah jiran belakang umah kitorang ni..
Semuanya adalah kerana lorong rumah kitorang ni ketika itu masih tidak mempunyai unit rumah yg cukup seperti yg disyaratkan utk dipasang paip besar bagi membolehkan penyambungan terus kepala meter di depan rumah kitorang masing2. Terutama rumah kitorang ni ...adalah rumah yg pertama dibina di lorong ini 18 tahun yg lalu...sehingga memaksa keadaan LAP memasangkan kepala meter di jalan utama tersebut.
Mmg menyusahkan apabila ingin menutup meter sekiranya perlu membaiki paip di rumah agar air tidak melimpah dan membazir air bersih tu. Kitorang kena naik motor utk ke jalan depan tu semata-mata nk menutup meter...dan kemudian naik motor utk gi bukak semula.
Pembaca meter dari LAP pun perlu check meter kat depan dan kemudian mencari rumah kitorang utk diberi bil air setiap 2 bulan sekali.

Jika dh siap sepenuhnya perpindahan meter dari depan ke depan umah masing2 di lorong ni...Alhamdulillah laa...senang nk pantau sendiri kepala meter paip tu. Takde ler budak2 yg lalu lalang dan gatal tangannya dok pulas sampai maksima meter tu atau pun lebih teruk menutup terus paip meter kitorang tu....adeiii!!!


Nota ALONA:-
~Setelah 18 tahun......InsyaAllah..semoga pemasangan berjalan lancar.

4 comments:

attyfir said...

inshallah..semuanya dipermudahkan..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ooo cm tu...so next time tak de la bdk2 buat kacau kan..dh meter psg dpn umah..

Anonymous said...

moga cepatlah selesai yer !

wantie said...

moga segalanya berjalan lancar kak